Cara Mudah Renew Lesen Memandu Online

Lesen Memandu merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Diwajibkan keatas kepada seseorang individu untuk mengendalikan atau memandu sesebuah kenderaan bermotor. Seperti kereta, motosikal, lori atau bas di atas jalanraya memiliki lesen yang sah dan telah di renew mahupun secara online atau fizikal.

Peraturan bagi pelesenan pemandu di Malaysia mewajibkan pemandu untuk lulus ujian memandu. Sebelum mendapatkan lesen memandu yang sah sebelum mula memandu. Namun begitu, semua pemegang lesen perlu memastikan lesen memandu tidak tamat tempoh dan diperbaharui pada masanya, untuk mengelakkan disaman atau lesen digantung. Berikut beberapa cara renew lesen memandu online dengan mudah dan cepat.

Cara Renew Lesen Memandu Online dengan myCEKAP

Langkah 1 : Layari Laman Web myCEKAP.com

renew lesen online

Layari laman web myCEKAP dan di laman utama akan dipaparkan halaman seperti berikut & klik butang “PERBAHARUI SEKARANG” untuk renew lesen memandu CDL anda. Sila Pastikan lesen memandu anda belum tamat tempoh bagi mengelakkan didenda dan dikenakan kompaun.

Langkah 2 : Isi Borang Pembaharuan Lesen anda

borang pembaharuan lesen memandu

Isi Borang Pembaharuan lesen memandu anda. Sila pastikan maklumat yang diisi betul & tepat untuk urusan pembaharuan. Kegagalan memasukkan maklumat yang tepat akan mengakibatkan permohonan anda tidak dapat diproses. Kemudian, hantarkan permohonan yang lengkap dan buat bayaran secara online.

Langkah 3 : Buat Bayaran Renew Lesen Memandu Secara Online

Selepas selesai mengisi borang pembaharuan, anda akan dibawa ke bahagian bayaran. Resit bayaran akan dihantar ke email yang dimasukkan pada borang. Isi maklumat bayaran tersebut dan klik butang ‘PAY’. Anda boleh membuat bayaran secara atas talian (FPX) atau hubungi kami sekiranya anda tidak mempunyai perbankan atas talian.

Terdapat beberapa pilihan bank untuk membuat bayaran. Klik simbol bank pilihan anda. Kemudian, klik butang ‘PAY’ dan teruskan membuat bayaran secara online.

Langkah 4 : Pembaharuan Lesen Memandu Anda Diproses

lesen in progress

Permohonan dan bayaran yang telah berjaya dibuat akan disemak & disahkan dahulu. Selepas disahkan, Proses renew akan mengambil masa di antara 4-5 hari bekerja sebelum disiapkan. Anda akan menerima slip sementara untuk menggantikan lesen, sementara menunggu lesen yang siap dihantar ke alamat anda. 

Langkah 5 : Terima Lesen Memandu Baharu

Lesen memandu anda yang baharu dan aktif akan dihantar ke alamat penghantaran seperti yang diisi pada Borang Pembaharuan. Sila hubungi kami untuk proses penjejakan (tracking) sekiranya anda tidak menerima lesen tersebut dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh anda membuat pembaharuan.

Kesimpulanya, Dengan 5 langkah mudah sahaja, Kini anda tidak perlu lagi perlu bersusah payah beratur di kaunter JPJ ataupun Pos Laju secara fizikal. Renew secara online di myCEKAP.com. Mudah dan cepat tanpa membebankan anda. Isi borang permohonan atau hubungi kami sekarang untuk renew lesen memandu anda secara online.

Tags :

Kongsikan Artikel Ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu anda?