Semakan Lesen Memandu : Adakah Sudah Tamat Tempoh ?

Malaysia kini, sebagai pengguna kenderaan bermotor khususnya di negara kita. Mereka seharusnya memiliki dan mengetahui jenis lesen memandu yang diperolehi oleh mereka. Seharusnya, lesen memandu tersebut mestilah belum tamat tempoh. Sekiranya, lesen memandu tersebut telah tamat tempoh dan anda tidak tahu di mana untuk membuat semakan tarikh luput lesen memandu. Kini JPJ telah mengenalkan platform online iaitu MyJPJ, untuk anda menyemak pemilikan lesen dan tarikh tamat tempoh setiap lesen yang anda miliki.

Lesen memandu seharusnya diperbaharui secepat mungkin sebelumm tarikh tamat. Hal ini, bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diigini berlaku. Kegagalan untuk memperbaharui akan meletakkan diri anda dalam risiko untuk disaman oleh pihak berkuasa. Samada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

5 Cara Membuat Semakan Lesen Memandu Dengan Aplikasi MyJPJ

1. Muat Naik Aplikasi MyJPJ

semakan lesen memandu

MyJPJ, aplikasi yang diperkenalkan untuk memudahkan anda menyemak lesen memandu dan tarik luput lesen yang anda miliki tanpa perlu beratur secara fizikal. Aplikasi MyJPJ boleh dimuat turun dan tersedia untuk peranti Google Playstore atau App Store anda.

2. Daftar Akaun atau Log Masuk Aplikasi

Sejurus selesai muat turun, Lakukan pendaftaran akaun jika anda masih belum mempunyai akaun MyJPJ dan seterusnya log masuk menggunakan maklumat akaun anda.

3. Pilih Bahagian Pelesenan Pemandu

Pada laman utama aplikasi MyJPJ, Pilih bahagian Pelesenan Pemandu dan seterusnya tekan pada Semakan Lesen Memandu.

4. Masukan Maklumat IC

Seterusnya, Masukkan saja nombor kad pengenalan dengan betul pada ruangan yang disediakan. Jika ingin menyemak lesen memandu bagi pihak ketiga seperti ahli keluarga anda juga dibenarkan, hanya dengan masukkan saja nombor kad pengenalan mereka pada ruangan tersebut. Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar.

5. Keputusan Semakan Lesen Memandu Anda

semakan lesen memandu

Disini, akan dipaparkan maklumat semakna lesen memandu anda, seperti nama dan nombor kad pengenalan. Dan di bahagian bawahnya pula, akan ada paparan maklumat seperti jenis lesen yang dimiliki oleh anda. Sama ada lesen PSV, B2 dan sebagainya beserta tarikh mula dan tarikh luput lesen tersebut.

Kini anda sudah tahu cara menyemak lesen memandu dan tarikh luput lesen tersebut dengan cara online, selain membuat semakan terus pada lesen anda.

Berminat Untuk Perbaharui Lesen Memandu Anda Secara Online Bersama myCEKAP ?

Tiada lagi alasan yang boleh diberi jika anda terlepas atau terlupa tarikh tamat tempoh lesen memandu anda. Memandu dengan lesen yang telah tamat tempohnya boleh dikenakan denda, penalti dan mungkin kehilangan hak memandu. Selain itu, tidak akan dilindungi oleh insurans jika terjadi kemalangan jalan raya.

Ingin kami uruskan pembaharuan lesen memandu anda ? isikan maklumat anda disini, dan proses pembaharuan akan dilakukan, secara online sahaja dan tunggu sehingga lesen yang aktif sampai di hadapan pintu rumah anda. Semudah itu sahaja.

Tags :

Kongsikan Artikel Ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu anda?