Pembaharuan Lesen Memandu : Risiko Jika Tidak Perbaharuinya ?

Setiap pemandu di Malaysia sendiri sudah sedai maklum, bahawa lesen memandu mempunyai tamat tempoh dan perlukan pembaharuan dalam tahun yang ditetapkan. Sama seperti pembaharuan insurans kenderaan dan cukai jalan yang wajib anda lakukan setiap tahun.

Lesen memandu juga tertakluk kepada pembaharuan sebelum tamat tempohnya dalam masa tertentu. Kerana ada yang membuat pembaharuan dalam masa 1 tahun, 2 tahun dan maksima sehingga tempoh 10 tahun. Kini lebih mudah lagi, anda boleh melakukan pembaharuan secara online sahaja tanpa perlu menghabiskan masa untuk beratur panjang di kaunter fizikal.

pembaharuan lesen memandu

Menurut kesalahan, Di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemandu kenderaan, atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen yang tamat tempoh. Boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300 atas kesalahan memandu tanpa lesen yang sah ataupun tamat tempoh.

Memandu dengan lesen yang telah tamat tempoh mempunyai beberapa risiko yang perlu dihindari oleh pemandu. Di sini kami jelaskan dengan lebih lanjut antara risiko jika meneruskan untuk memandu dalam keadaan lesen yang masih belum diperbaharui.

3 Risiko Memandu Dengan Lesen Yang Telah Tamat Tempoh

Pelanggaran Undang-Undang Jalan Raya

Memandu dengan lesen tamat tempoh adalah menyalahi undang-undang di banyak negara Malaysia. Ini boleh membawa kepada denda, kompaun, penalti, atau pembatalan kekal lesen memandu. Jika ditangkap oleh pihak berkuasa semasa memandu dengan lesen tamat tempoh.Pemandu itu boleh menghadapi akibat undang-undang yang serius. Kerana telah ditetapkan di bawah Seksyen 26(1). Pemandu kenderaan, atau penunggang motosikal yang didapati memandu dengan lesen tamat tempoh, boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.

Tidak Layak Memohon Insurans Jika Terlibat Dalam Kemalangan

Kebanyakan isu ini lebih tertumpu kepada kes melibatkan kemalangan yang berlaku di jalan raya. Syarikat insurans memerlukan lesen memandu yang sah dan tidak tamat tempoh untuk menyediakan perlindungan insurans kenderaan. Memandu dengan lesen tamat tempoh boleh menyebabkan tuntutan insurans ditolak sekiranya berlaku kemalangan atau kejadian yang tidak dingini ketika anda sedang memandu.  Hal ini, membuat pemandu dikenakan kompaun atas lesen tamat tempoh dan perlu membuat bayaran sendiri tanpa tuntutan insurans.

Keselamatan dan Disiplin Pengguna Jalan Raya

Lesen memandu yang sah membolehkan pihak berkuasa mengawal selia dan mengemas kini. Keupayaan pemandu untuk memandu dengan selamat dan mematuhi peraturan. Memandu dengan lesen yang tamat tempoh bermakna tiada penilaian terhadap kemahiran dan pengetahuan terkini pemandu, dan menyalahi undang-undang jalan raya. Perkara ini akan meningkatkan risiko kemalangan dan insiden yang boleh meragut nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain.

Kenapa memilih myCEKAP menguruskan pembaharuan lesen memandu anda ?

Setiap fungsi yang kami tawarkan di platform myCEKAP.com untuk memudahkan anda agar tidak bersusah payah beratur di kaunter JPJ ataupun Pos Laju secara fizikal. Renew secara online di myCEKAP.com. Mudah dan cepat tanpa membebankan anda. Isi borang permohonan atau hubungi kami sekarang untuk renew lesen memandu anda secara online.

Tags :

Kongsikan Artikel Ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu anda?